Cover photo

Base bertemu dengan pembina di seluruh dunia

CherylJitz

Cheryl and Jitz

post image

 Ringkasan: Base adalah untuk semua. Menjelang musim luruh ini, kami bakal mengembangkan sayap ke peringkat global dengan mengadakan perjumpaan bersama pembina di seluruh dunia. Kami akan memulaikan usaha ini dengan siri buildathon serantau di Afrika, India, Asia Tenggara, dan Amerika Latin. Program ini akan berlangsung dari 27 September hingga 13 Oktober, dengan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak 100 ETH. Kemudiannya pada bulan November, pasukan Base bersama-sama Jesse Pollak akan bertemu secara bersemuka dengan para pembina di Nairobi, Bangalore, Bangkok, Singapura, dan Manila, serta secara virtual di Buenos Aires.

Misi Base adalah untuk meningkatkan inovasi, kreativiti, dan kebebasan dalam dunia teknologi. Kami sedar bahawa misi ini tidak mungkin dicapai secara bersendirian. Oleh itu, kami amat teruja untuk bertemu dan berkolaborasi dengan pembina dari seluruh pelosok dunia pada musim luruh ini.

Untuk memulakan inisiatif ini, kami akan melancarkan program "Base Around the World": satu siri buildathon serantau yang akan diadakan di Afrika, India, Asia Tenggara, dan Amerika Latin. Selepas program ini, Jesse Pollak dan pasukan Base akan mengadakan perjumpaan secara bersemuka dengan para pembina di Nairobi, Bangalore, Bangkok, Singapura, dan Manila, serta secara virtual di Buenos Aires. Tarikh tepat untuk setiap acara akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Kami memberi tumpuan kepada rantau-rantau ini atas dua sebab utama:

  1. Kami melihat potensi yang besar: Kini, 74% pembangun teknologi onchain berada di luar Amerika Syarikat, dan empat rantau ini menunjukkan pertumbuhan paling pesat dalam penggunaan teknologi tersebut. Di setiap rantau, terdapat pelbagai kes penggunaan teknologi onchain yang semakin berkembang, serta pembina berbakat yang mampu menyelesaikan masalah-masalah kompleks. Kami ingin menjalin hubungan, mencari peluang untuk berkolaborasi, dan memperkasakan mereka dengan sumber serta sokongan yang diperlukan.

  2. Kami boleh menggunakan teknologi onchain untuk menyelesaikan masalah tempatan: Setiap komuniti mempunyai cabaran dan konteks tersendiri di mana teknologi onchain boleh dimanfaatkan. Pembinaan internet yang lebih baik bermula dengan komuniti tempatan yang menyelesaikan cabaran mereka sendiri, dengan cara yang kini menjadi lebih mudah. Itulah sebabnya kami menumpukan focus tempatan untuk 'buildathon' ini. Kami ingin menumpukan perhatian pada penggunaan teknologi yang akan memberi manfaat langsung kepada masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.

Base Around the World: Afrika, India, Amerika Latin, dan Asia Tenggara

Buildathon ini akan dijalankan serentak dari 27 September hingga 13 Oktober. Tema utamanya adalah mudah: Bina aplikasi berasaskan teknologi rantaian yang mampu menyelesaikan cabaran dalam komuniti anda.

Jika anda sedang mencari idea, berikut adalah beberapa cadangan:

  • Bantu masyarakat untuk berkumpul, berhubung, dan bekerjasama dengan lebih mudah — sama ada secara onchain atau IRL

  • Buka akses kepada sumber sosial dan pendidikan

  • Bina alat yang memudahkan akses kepada ekonomi onchain

  • Cipta platform yang memperkasakan para pencipta untuk berkongsi hasil karya mereka (atau, jika anda sendiri seorang pencipta, kongsilah hasil karya anda)

Pendaftaran kini dibuka di Devfolio:

Kami amat teruja untuk berkongsi penganjuran 'buildathon' ini bersama-sama pembina tempatan yang telah pun memberi impak dalam komuniti mereka.

Based Africa 

Menghubungkan pembina dari seluruh benua Afrika dan dianjurkan bersama oleh Base Africa, Borderless Africa, Onboard dan Yellow Card. Kekal berhubung dengan pembina di seluruh Afrika melalui /base-africa di Warpcast dan dapatkan sokongan daripada Base Devel di saluran #based-africa di Base Discord.

Based Asia Tenggara 

Meliputi Thailand, Vietnam, Singapura, Laos, Kemboja, Myanmar, Indonesia, Brunei, Malaysia, dan Filipina, dan dianjurkan bersama oleh Base Southeast Asia, Yield Guild Games, Bitkub, dan Coins.ph. Hubungi pembina di seluruh Asia Tenggara melalui /base-sea di Warpcast, dan sertai #based-sea di Base Discord untuk mendapatkan sokongan pembangunan.

Based Amerika Latin 

Merangkumi Amerika Tengah dan Selatan, dari Mexico hingga Argentina, dan dianjurkan bersama oleh Base LatAm (powered by Odisea) dan Buenbit. Bertemu dengan pembina di seluruh Amerika Latin di /base-latam, dan sertai #based-latam di Discord untuk mendapatkan maklumat terkini dan jawapan kepada soalan mengenai buildathon ini.

Based India 

Fokus kepada seluruh India dan dianjurkan oleh Base India (powered by Farcaster Builders India), Levitate Labs, KGeN dan Okto by CoinDCX. Hubungi pembina di seluruh India melalui /base-india, dan sertai #based-india di Discord untuk mendapatkan sokongan dalam pembinaan produk anda.

post image

100 ETH dalam ganjaran

Buildathon ini terbuka kepada sesiapa sahaja dari empat rantau yang dinyatakan. Setiap rantau akan mempunyai kumpulan hadiah bernilai 25 ETH (jumlah keseluruhan 100 ETH), di mana 2-8 pemenang akan dipilih dari setiap rantau.

Setiap pemenang akan menerima:

  • Ganjaran: 3 - 12.5 ETH daripada Base, termasuk sumbangan daripada Talent Protocol.

  • Pemasaran & Pengedaran: Semua pemenang akan diberi peluang untuk mempromosikan projek mereka di acara perjumpaan Base di rantau masing-masing bersama Jesse Pollak.

  • Rangkaian: Peluang untuk menjalin hubungan dengan pembina Base yang terkemuka di rantau anda, serta akses terus dengan pasukan Base.

Untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai peraturan, kriteria penilaian, dan cara untuk memohon, sila layari laman Devfolio yang tertera untuk setiap Buildathon (Afrika, Asia Tenggara, Amerika Latin, India).

post image

Meet onchain, online and IRL

Kami tidak sabar untuk bertemu para pembina di bandar-bandar seluruh dunia pada musim luruh ini. Jika anda tidak dapat hadir ke mana-mana bandar yang disenaraikan, anda boleh memohon untuk menganjurkan perjumpaan sendiri bagi mengumpulkan para pembina dalam komuniti anda.

Kami juga menjemput anda untuk menyertai komuniti tempatan di Warpcast, di mana terdapat 46 saluran bahasa berbeza. Anda boleh mencari saluran yang sesuai untuk anda di baseworld.org. Kami amat berterima kasih kepada semua ahli komuniti global kami, terutamanya Atomo, Nathanael, Harry, Cheryl, Jitz, Kyle, Fer, Carlos dan Juampi, yang telah menyediakan terjemahan blog ini dalam bahasa tempatan mereka. (Anda boleh melihat terjemahan dalam bahasa Thai, Indonesia, Vietnam, Melayu, Filipina, Sepanyol, dan Portugis di sini.)

Stay based. Keep building.

post image

Sila ambil perhatian bahawa semua perkara berkaitan buildathon, termasuk pembayaran dan logistik, diuruskan secara bebas oleh Devfolio, tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkenaan.






Arweave TX

sOH09V-kr10EWvnapom8h8GLnPIroxHg3LdQ5uhf-Z8

Cheryl 🔵Farcaster
Cheryl 🔵
Commented 7 months ago

We are so ready for Base Around The World! Buildathons across 4 regions, with 100 ETH of prizes to be won. Inviting all based Malaysian builders to check out and join us at /base-my, we're cooking something so stay tuned! We've also translated the announcement post below into Malay. Base adalah untuk semua orang 🔵 https://paragraph.xyz/@base-my/base-around-the-world-my

downshift 🫴🪵🔥Farcaster
downshift 🫴🪵🔥
Commented 7 months ago

I'm supporting you through /microsub! 201 $DEGEN (Please mute the keyword "ms!t" if you prefer not to see these casts.)

agustiFarcaster
agusti
Commented 7 months ago

I'm supporting you through /microsub! 111 $DEGEN (Please mute the keyword "ms!t" if you prefer not to see these casts.)

downshift 🫴🪵🔥Farcaster
downshift 🫴🪵🔥
Commented 7 months ago

I'm supporting you through /microsub! 🍖x1305 (Please mute the keyword "ms!t" if you prefer not to see these casts.)

WooDee 🎩🍖🧾Ⓜ️Farcaster
WooDee 🎩🍖🧾Ⓜ️
Commented 7 months ago

sekarang Jam 12 in local time, how can I read Im barely staying awake 👀 👀 😆 🤣

Cheryl 🔵Farcaster
Cheryl 🔵
Commented 7 months ago

hahaa tidak apa, boleh bookmark dulu, esok baru baca 😆 😅 😅 gn woodee!

WooDee 🎩🍖🧾Ⓜ️Farcaster
WooDee 🎩🍖🧾Ⓜ️
Commented 7 months ago

hahahaha GN Cheryl!

LΞovidoFarcaster
LΞovido
Commented 7 months ago

I'm supporting you through /microsub! 52 $DEGEN (Please mute the keyword "ms!t" if you prefer not to see these casts.)

LΞovidoFarcaster
LΞovido
Commented 7 months ago

I'm supporting you through /microsub! 🍖x445 (Please mute the keyword "ms!t" if you prefer not to see these casts.)

thugkitten 🎩Farcaster
thugkitten 🎩
Commented 7 months ago

This is going to be a challenge to read it, they didn't referenced roti canai I guess😂

Cheryl 🔵Farcaster
Cheryl 🔵
Commented 7 months ago

hahaha kitten jgn kau guna google translate tau 🤣 🤣

thugkitten 🎩Farcaster
thugkitten 🎩
Commented 7 months ago

😭

Hind 🎩Ⓜ️Farcaster
Hind 🎩Ⓜ️
Commented 7 months ago

Amazing work 💙 685 👏🏽

Cheryl 🔵Farcaster
Cheryl 🔵
Commented 7 months ago

thanks so much hind! 💙💙

puffdoodFarcaster
puffdood
Commented 7 months ago

So based 💙 tho sad that down under here is not included 😢 maybe puff should start base down under 🤔 600 👏 1000 $puff

Cheryl 🔵Farcaster
Cheryl 🔵
Commented 7 months ago

they’re starting with these 4 regions first, and will def expand to more regions puff! there is a channel already for down under, /base-australia! 💙 650 $hunt 1111 $ryl

puffdoodFarcaster
puffdood
Commented 7 months ago

haha nice didnt know that one already exist. Just followed. Thanks so much Cheryl 🫂 🫶 🫶 🫶

jitz.base.ethFarcaster
jitz.base.eth
Commented 7 months ago

base adalah unutuk semua 💙

Cheryl 🔵Farcaster
Cheryl 🔵
Commented 7 months ago

msia boleh, msia based 💙

Cheryl 🔵Farcaster
Cheryl 🔵
Commented 7 months ago

Base akan melangkah ke peringkat global untuk membina hubungan yang lebih erat dengan pembina di seluruh dunia. Siri buildathon serantau akan diadakan di Afrika, India, Asia Tenggara, dan LatAm, dengan tawaran hadiah sebanyak 100 ETH — serta pertemuan global. Baca post ini untuk maklumat lanjut 🚀 https://paragraph.xyz/@base-my/base-around-the-world-my

jitz.base.ethFarcaster
jitz.base.eth
Commented 7 months ago

kita memang based 💙

jitz.base.ethFarcaster
jitz.base.eth
Commented 7 months ago

@base akan melancarkan Base Around the World, siri buildathon serantau yang bertujuan untuk memperkasakan pembina inovatif dari Afrika, India, Asia Tenggara, dan Amerika Latin. Program ini akan berlangsung dari 27 September hingga 13 Oktober, dengan hadiah keseluruhan sebanyak 100 ETH! Kolaborasi yang menarik bakal menanti! https://paragraph.xyz/@base-my/base-around-the-world-my

Kyle PatrickFarcaster
Kyle Patrick
Commented 7 months ago

LFG Jitz!

jitz.base.ethFarcaster
jitz.base.eth
Commented 7 months ago

Build time is now

thugkitten 🎩Farcaster
thugkitten 🎩
Commented 7 months ago

Awesome work jitz fam!

jitz.base.ethFarcaster
jitz.base.eth
Commented 7 months ago

Thank you very much thugkitten! 🫶 I need to know a shorter name to call you! Kitty? 🤣

thugkitten 🎩Farcaster
thugkitten 🎩
Commented 7 months ago

Lol tt is fine

Cheryl 🔵Farcaster
Cheryl 🔵
Commented 7 months ago

LFB! 💙 lesgo team /base-my! 500 $hunt

eldar⌐◨-◨Farcaster
eldar⌐◨-◨
Commented 7 months ago

siap.. 🔵

Base bertemu dengan pembina di seluruh dunia